konsert gitar klasik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...pada hari minggu yang lepas saya bersama kawan saya Ernest telah menghadiri satu konsert gitar klasik di Garden Theater Hall MidValley. Kami berdua pergi kesana dengan menaiki LRT dari stesen Subang Jaya ...alasannya...hari minggu..tentu susah untuk dapat parking di pusat membeli-belah tersebut. Sebelum itu saya telah memuat turun sistem aplikasi "moovit". Aplikasi ini membantu kita untuk mengetahui bagaimana kita ingin kesesuatu tempat itu..adakah kita perlu menaiki keretapi, LRT ,Bas atau teksi...ianya juga memberikan jangkamasa jangkaan untuk kita sampai ke sesuatu destinasi tersebut...sangat-sangat membantu.moovit.jpg

kami sampai disana lebih kurang dalam jam 2.30 petang..kami sampai awal kerana ingin menyaksikan majlis pelancaran memperkenalkan model gitar terbaru buatan L.LUTHIER ,majlis itu telah dikendalikan oleh En. Adwin Lai, pengasas kepada jenama gitar tersebut dan juga penaja utama konsert gitar klasik kali ini.
2018-04-08 14.57.06.jpg![2018-04-08 16.20.12.jpg]

saya juga telah mengambil kesempatan untuk mencuba beberapa gitar yang telah dilancarkan pada majlis itu. Gitar dalam gambar ini berharga rm12,800.... suaranya garing, mantap juga lunak sesuai dengan harganya.

cuba.jpg

berikut adalah gambar-gambar mereka yang membuat persembahan pada konsert tersebut.

2018-04-08 16.21.01.jpg

2018-04-08 16.23.26.jpg

oleh kerana ini adalah konsert yang eksklusif..maka segala rakaman video adalah tidak dibenarkan sama sekali...maka saya tak dapatlah nak berkongsi video dengan anda semua.

H2
H3
H4
3 columns
2 columns
1 column
4 Comments
Ecency